Women Help Women berusaha untuk meningkatkan ketersediaan pilihan kesihatan reproduktif yang diperlukan untuk mengawal kehidupan reproduktif kami.

  Share


Program-program kami:

 

Kami berusaha untuk meningkatkan akses pengguguran melalui tindakan langsung dan mengubah norma sosial.

 

Program kami memajukan akses dalam talian dan komuniti kepada pengguguran diuruskan sendiri (self-managed abortion) dan berusaha untuk mencipta perubahan budaya melalui usaha ini.

 

  • Kami menyokong kumpulan aktivis feminis tempatan, melatih mereka dalam pengguguran diuruskan sendiri, dan menghubungkan kumpulan-kumpulan dalam gerakan global
  • Kami membentuk dan menyokong campur tangan inovatif (innovative interventions) dengan menggunakan teknologi seperti perkhidmatan dalam talian dan talian hotline untuk memperluaskan akses kepada pengguguran
  • Kami menyediakan projek yang tertumpu pada wilayah tertentu seperti SASS: Self-Managed Abortion – Safe and Supported in the USA, dan rangkaian serantau, termasuk: Mobilizing Activist for Medical Abortion Network (MAMA) di Afrika
  • Kami mengusahakan latihan keselamatan holistik untuk memperkasakan aktivisme
  • Kami mengusahakan projek penyelidikan dalam domain kesihatan awam dan sains sosial yang memerlukan advokasi berasaskan bukti (Lihat penerbitan kami)
  • Kami berusaha untuk menyekat naratif tradisional dan mengubah wacana serta norma mengenai pengguguran (Lihat sumber kami)

Budaya organisasi kami adalah kolaboratif, mendatar, sumber terbuka (open source) dan feminis.