syarat penggunaan
Dengan mengakses dan menggunakan Laman Web Women Help Women ("Laman Web"), anda menerima dan bersetuju untuk terikat dengan syarat penggunaan ini. Di samping itu, apabila menggunakan perkhidmatan Laman Web, anda akan tertakluk kepada mana-mana garis panduan atau peraturan yang dipaparkan untuk perkhidmatan tersebut. Garis panduan tersebut boleh dipinda pada bila-bila masa tanpa notis, melalui pemaparan di laman web. Terma Penggunaan juga akan merujukkan kepada semua garis panduan dan peraturan tersebut.
Laman Web ini adalah untuk kegunaan peribadi dan bukan komersial.
Women Help Women berusaha untuk menyediakan maklumat berdasarkan penyelidikan saintifik, memudahkan komunikasi melalui blog dan ulasanantara pengguna dan doktor serta tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan, perubatan atau bukan perubatan, akibat daripada penggunaan Laman Web kami. Women Help Women boleh mengemas kini syarat penggunaan ini pada bila-bila masa atas sebarang sebab.
Sekiranya terdapat sebarang konflik atau percanggahan antara peruntukan Syarat Penggunaan ini dengan Syarat Penggunaan, polisi atau notis lain yang berkaitan, Syarat Penggunaan, polisi atau notis yang berkaitandengan bahagian atau modul Laman Web tertentu akan diutamakan di bahagian atau modul Laman Web tersebut.
SEBARANG PENYERTAAN DI LAMAN WEB INI AKAN MENJADI PENERIMAAN PERJANJIAN INI. JIKA ANDA TIDAK BERSETUJU DENGAN PERATURAN DI ATAS, JANGAN GUNAKAN LAMAN INI.
INDEKS
- Kandungan Laman Web ini bukanlah penggantian nasihat perubatan profesional
- Liabiliti Women Help Women
- Indemniti
- E-Perundingan untuk Pengguguran dan Kontraseptif
- Pendermaan
- Pautan-pautan
- Polisi Privasi
- Bidang kuasa
- Umum
Kandungan Laman ini bukan penggantian nasihat perubatan profesional
Kandungan Laman Web Women Help Women, termasuk tanpa pengehadan teks, salinan, audio, video, ilustrasi, grafik, imej, gambar, maklumat yang diperolehi dan bahan lain yang terkandung di Laman Web ("Kandungan") adalah untuk tujuan maklumat sahaja.
Jika anda fikir anda mungkin mengalami kecemasan perubatan, hubungi doktor atau perkhidmatan kecemasan anda dengan segera. Pergantungan pada mana-mana Kandungan yang dipaparkan di Laman Web, sama ada disediakan oleh Women Help Women, pelawat ke Laman Web atau orang lain adalah atas risiko anda sendiri.
Laman Web ini mungkin mengandungi bahan berkaitan dengan kesihatan atau perubatan yang eksplisit. Jika anda terasa bahan-bahan ini ofensif, anda mungkin tidak sesuai menggunakan Laman Web kami.
Liabiliti Women Help Women
Women Help Women tidak bertanggungjawab terhadap sebarang masalah teknikal atau kesilapan yang berkaitan dengan penggunaan Laman Web, mahupun untuk sebarang kerosakan dan kecederaan akibat daripada masalah atau kesilapan tersebut. Masalah tersebut mungkin termasuk, tetapi tidak terhad kepada: kegagalan kelewatan komunikasi e-mel, rangkaian, pelayan, pembebanan lalu lintas di Internet, masalah perisian dan perkakasan, kecurian atau kerosakan peranti.
Women Help Women juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan, kecederaan atau kematian yang berkaitan dengan penggunaan Laman Web atau Kandungan yang diterbitkan di Laman Web atau dihantar melalui e-mel. Women Help Women tidak bertanggungjawab ke atas mana-mana Kandungan yang dicipta oleh pengguna (user created Content), seperti perbincangan, forum atau sebarang komunikasi lain antara pengguna-pengguna Laman Web di Laman Web atau di mana-mana persekitaran lain.
Anda tidak boleh cuba mengganggu proces Laman Web dan, khususnya, anda tidak boleh cuba memintas keselamatan, mengganggu, menggodam, atau sebaliknya mengganggu Laman Web atau mana-mana sistem komputer, pelayan, penghala atau mana-mana peranti lain yang disambungkan ke Internet. Kami tidak boleh dan tidak menjamin bahawa mana-mana kandungan Laman Web akan bebas daripada penginfeksian, virus dan/atau kod lain yang mempunyai sifat penyebaran atau perosakan. Anda bertanggungjawab untuk melaksanakan prosedur dan pemeriksaan virus yang mencukupi untuk memenuhi keperluan khusus anda tentang keselamatan dan kebolehpercayaan input dan output data. Kami tidak menerima liabiliti untuk sebarang kerugian atau tuntutan yang timbul daripada sebarang ketidakupayaan untuk mengakses Laman Web atau sebarang kegagalan untuk melengkapkan permintaan untuk perkhidmatan.
Women Help Women tidak boleh menjamin bahawa Laman Web akan beroperasi secara berterusan atau tanpa gangguan. Laman Web ini kadangkala boleh berada di keadaan tidak tersedia sebab penyelenggaraan, masalah teknikal atau sebarang sebab lain. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan yang berkaitan dengan ketiadaan Laman Web.
Indemniti
Akses kepada kandungan atau perkhidmatan mungkin tidak sah di sisi undang-undang untuk rakyat atau negara yang tertentu. Jika anda mengakses Laman Web ini, anda berbuat demikian atas risiko sendiri dan bertanggungjawab untuk mematuhi undang-undang bidang kuasa anda.
Anda bersetuju untuk mempertahankan, menanggung rugi dan melindungi Women Help Women, pengarah, ahli, kakitangan, kontraktor dan sukarelawannya ("Penerima Ganti Rugi" atau the “Indemnitees”) daripada bahaya dan terhadap sebarang kos, caj, perbelanjaan, yuran, tuntutan, tindakan atau tuntutan, liabiliti dan penyelesaian termasuk tanpa pengehadan, perundangan yang munasabah, perakaunan, atau yuran profesional lain, sama ada ditanggung oleh pihak lain, secara bersendirian, atau pihak lain, secara bersendirian, ditanggung, atau ditanggung bersama, dengan orang lain menanggung atau dikehendaki membayar akibat daripada, atau ditanggung berkenaan dengan apa-apa tindakan, guaman, prosiding, penyiasatan atau tuntutan yang mungkin dibawa, dimulakan, dibuat, didakwa atau diancam terhadap mana-mana Penerima Ganti Rugi walau apa jua pun yang timbul dan sama ada yang timbul dalam undang-undang, ekuiti atau di bawah statut, peraturan atau ordinan kerajaan bagi mana-mana bidang kuasa yang anda perolehi daripada atau melalui Laman Web yang berkaitan dengan penggunaan Laman Web tersebut.
E-Konsultasi untuk Pengguguran dan Kontraseptif
Melalui bahagian e-konsultasi Laman Web, pengguna mungkin berhubung dengan doktor berlesen. Laman Web ini bertindak sebagai pengirim maklumat anda. Laman Web ini juga menerbitkan maklumat berdasarkan penyelidikan saintifik, dan menyediakan maklumat tambahan melalui e-mel. Laman Web tidak mengiklankan, atau meminta pengguna untuk membuat permintaan tentang kontraseptif atau ubat pengguguran.
Penyediaan perkhidmatan kepada anda adalah bersyarat bahawa anda melengkapkan semua soal selidik perundingan di Laman Web dengan benar dan jujur. Anda mesti mendedahkan semua maklumat yang berkaitan dengan benar sepanjang pengetahuan anda. Anda mengakui bahawa meninggalkan sebarang maklumat boleh menyebabkan kemudaratan dan kebahayaan kepada kesihatan anda, dan bersetuju untuk menjawab semua soalan di Laman Web atau dihantar kepada anda melalui e-mel dengan jujur. Jika anda tidak dapat menjawab soalan dalam perundingan, anda harus menghentikannya.
Maklumat di Laman Web kami mungkin terdapat dalam bahasa yang lain. Anda bertanggungjawab sepenuhnya atas pemastian bahawa anda memahami soal selidik yang anda lengkapkan di Laman Web kami. Anda mesti menghubungi Women Help Women jika anda tidak memahami soalan atau tidak pasti bagaimana anda harus menjawab soalan tertentu atau anda tidak memahami sepenuhnya maklumat yang diberikan kepada anda di Laman Web kami.
Jika atas apa-apa sebab anda tidak dapat menyelesaikan perundingan dalam talian, anda bersetuju untuk membatalkan permintaan anda untuk kontraseptif dan/atau pengguguran perubatan.
Dengan melengkapkan konsultasi dalam talian, anda bersetuju untuk:
- memberikan alamat sah, e-mel, telefon dan tarikh lahir anda.
- dihubungi melalui e-mel atau telefon oleh doktor dan perunding Women Help Women.
- pengumpulan dan pendedahan data anda kepada pihak ketiga, seperti doktor, ahli farmasi dan perunding Women Help Women dan data yang diberikan boleh digunakan tanpa nama untuk analisis statistik dan penerbitan.
- pernyataan hukum dan pengepian.
Anda akan diminta untuk membuat sumbangan/derma untuk menyokong tujuan tanpa keuntungan.
Doktor akan menyemak permintaan anda dan anda memberi kebenaran kepada doktor untuk mendapatkan ubat-ubatan dan menghantarnya jika permintaan anda diluluskan. Doktor bertanggungjawab sepenuhnya atas preskripsi sebarang ubat berdasarkan maklumat yang anda berikan. Perunding Women Help Women wanita dan doktor tidak boleh menjamin bahawa ubat kontraseptif dan/atau pengguguran akan memberikan hasil yang diingini.
Ubat-ubatan akan diperolehi oleh pembekal atau ahli farmasi dan dihantar. Kualiti ubat adalah tanggungjawab pengusaha ubat. Women Help Women tidak bertanggungjawab atas sebarang kelewatan mel, kawalan kastam atau masalah dan kehilangan penghantaran. Ia adalah tanggungjawab pengguna semata-mata untuk mematuhi mana-mana peraturan tempatan yang sesuai. Sebarang perkhidmatan yang disediakan adalah berisiko kepada pengguna. Anda bersetuju untuk mengetepikan Women Help Women daripada sebarang liabiliti yang berkaitan dengan penyediaan perkhidmatan, kesan dan keputusan ubat-ubatan, dan pematuhan kepada peraturan tempatan.
Anda harus memahami dan menyedari bahawa akibat daripada penggunaan ubat-ubatan yang ditetapkan anda mungkin mengalami kesan buruk termasuk tetapi tidak terhad kepada kesan sampingan yang ditunjukkan dalam maklumat yang dihantar melalui e-mel kepada anda.
Data perubatan yang diberikan dalam talian oleh anda mesti sepadan dengan maklumat dalam preskripsi. Jika terdapat percanggahan, kami mungkin perlu menghubungi anda untuk menjelaskan perkara tertentu. Jika kami tidak dapat menghubungi anda, kami berhak untuk membatalkan permintaan anda untuk memperolehi kontraseptif dan/atau ubat pengguguran.
Derma
Women Help Women meminta Pengguna menyumbangkan derma kepada organisasi-organisasi tanpa untung.
Derma akan digunakan untuk tujuan tanpa keuntungan yang berkaitan dengan kesihatan dan hak reproduktif.
Pendermaan memastikan bahawa Laman Web boleh berada di keadaan kekal tersedia.
Derma tidak akan dikembalikan jika penderma mengubah fikiran tentang penggunaan perkhidmatan tersebut.
Derma adalah sumbangan sukarela, jika pengguna tidak dapat membuat dermaan, pengguna boleh menghubungi Women Help Women melalui e-mel.
Pautan
Laman Web mungkin mengandungi pautan ke laman-laman web pihak ketiga (third party sites). Sebarang pautan luar disediakan hanya sebagai kemudahan. Penggunaan pautan luar adalah risiko anda sendiri. Sebarang pautan daripada Laman Web tidak mempunyai pengesahan daripada mana-mana pihak ketiga, laman webnya, barangannya, atau perkhidmatannya.
Women Help Women tidak bertanggungjawab ke atas mana-mana laman web, perkhidmatan, atau bahan lain yang dipautkan ke atau dari Laman Web ini, dan menafikan semua liabiliti untuk sebarang kecederaan yang mungkin anda alami dengan menggunakan bahan tersebut.
Polisi Privasi
Dokumen ini menetapkan peraturan untuk memproses data peribadi untuk pengguna laman web https://womenhelp.org/ dan https://consult.womenhelp.org. Ia juga menerangkan data yang dikumpul, asas undang-undang di mana ia dikumpul, dan pentadbir data peribadi. Tambahan pula, ia menggariskan data boleh dikongsi kepada pihak-pihak tertentu, berapa lama data itu disimpan, apakah hak pengguna dan peraturan menggunakan cecikut (cookies) [...] Sila baca kandungan penuh Polisi Privasi di sini.
Bidang kuasa
Women Help Women tidak membuat sebarang waranti atau perlambangan bahawa maklumat di Laman Web adalah sesuai untuk digunakan dalam mana-mana bidang kuasa. Dengan mengakses Laman Web, anda mewajarkan dan menyatakan kepada Women Help Women bahawa di sisi undang-undang, anda berhak untuk berbuat demikian dan menggunakan maklumat yang disediakan melalui Laman Web.
Anda bersetuju secara nyata bahawa bidang kuasa eksklusif untuk sebarang pertikaian dengan Women Help Women, atau dalam apa-apa cara yang berkaitan dengan penggunaan Laman Web oleh anda, terletak di mahkamah Kanada dan anda juga bersetuju dan memberi keizinan untuk melaksanakan bidang kuasa peribadi di mahkamah Kanada berkaitan dengan sebarang pertikaian tersebut termasuk sebarang tuntutan yang melibatkan Women Help Women atau sekutunya, anak syarikat, pekerja, kontraktor, pegawai, pengarah, ahli, penyedia telekomunikasi dan penyedia kandungan.
Jika mana-mana peruntukan Terma Penggunaan ini didapati tidak sah oleh mana-mana mahkamah yang mempunyai bidang kuasa kompeten, ketidaksahan peruntukan tersebut tidak akan menjejaskan kesahihan peruntukan berikutnya dan akan kekal berkuat kuasa dan efektif sepenuhnya.
Tiada penepian mana-mana Terma Penggunaan ini akan dianggap sebagai penepian lanjut atau berterusan bagi terma atau syarat tersebut atau mana-mana terma atau syarat lain.
Umum
Terma Penggunaan yang diterima melalui penggunaan Laman Web ini merupakan perjanjian keseluruhan antara anda dan Women Help Women berkenaan dengan penggunaan Laman Web dan/atau perkhidmatan yang disediakan melalui Laman Web.
Dengan menggunakan Laman Web ini, anda menyatakan bahawa anda berbuat demikian atas risiko anda sendiri dan menanggung semua tanggungjawab yang berkaitan dengan penggunaan Laman Web ini. Anda bertanggungjawab untuk mengambil semua langkah mencegah yang anda percaya perlu atau dinasihatkan untuk melindungi diri anda daripada sebarang kerosakan, kerugian atau bahaya yang mungkin timbul akibat penggunaan Laman Web ini. Anda mengakui bahawa anda mempunyai setiap peluang untuk mendapatkan nasihat undang-undang bebas berkenaan dengan Syarat Penggunaan.